Wednesday, August 3, 2011

Pengenalan Tart Reyna




Tart Reyna dihasilkan dari resepi asal Puan Patimah Dollah dalam tahun 1985 semasa bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka. Nama Reyna dipilih sempena nama anak pertamanya Norhasfareyna yang baru berusia 1 tahun waktu itu. Ia mendapat sambutan baik dari rakan-rakan sepejabat bila tiba musim raya terutamanya hari raya Aidilfitri dan majlis-majlis tertentu.
Pada bulan puasa tahun 2000 beliau dan keluarganya telah melemparkan rasa malu dan segan dengan memaparkan iklan "TART REYNA’ di dahan pokok di hadapan rumahnya. Ia ternyata memberi kesan yang positif dalam mengembangkan pasaran dan menjadi iklan tahunan setiap Ramadhan tahun tahun berikutnya.



Dia merasakan satu kepuasan bila pelanggannya mula bertambah dan berpuas hati dengan tartnya yang dikatakan mempunyai kelainan dari segi mutu dan rasa dan teruja bila menerima galakan dan dorongan dari mereka supaya meneruskan usaha dan mengembangkan pasaran.
Kini, perniagaannya hanya dikendalikan oleh dirinya seorang dan dibantu para pekerja restorannya setiap hari sabtu dan ahad di rumahnya di Ulu Kelang. Suaminya telah pulang ke rahmatullah hampir 2 tahun.. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Penghantaran akan dilakukan setelah bayaran telah dibuat ke akaun

 Sms @ wassap ke no.012-6040945(ieza) atau email ke zaslya76@gmail.com



No comments: