Saya hanya kongsikan
tentang persediaan pernikahan di sini berdasarkan apa yang telah dilalui
dan dari pengalaman teman-teman lain yang juga telah berumahtangga.
Jangan abaikan perkara kecil
"Perkara
kecil" seperti tanya khabar 'Sayang apa khabar?' dan 'sepotong
ciuman' ini adalah antara perkara yang perlu dikomunikasikan, jika tidak hal
yang kelihatannya kecil ini perlahan-lahan memudarkan cinta di hati pasangan.
Isteri rasa tidak disayangi, padahal banyak lagi kebaikan dan bentuk kasih
sayang suami padanya.
Belajar
bercakap
Kembali
kepada 'belajar bercakap', bagi saya ia teramat penting. Bahasa modennya,
berkomunikasi.
Sangat-sangat penting. Walau sibuk bagaimana
sekalipun, tidak ada kesempatan untuk berdua menatap muka, jika kita ada masa
untuk sms client tentang urusan yang berkaitan, untuk
emel report dan segala dokumen lain atas urusan
kerja, maka gunakanlah segala teknologi ini untuk menyusun seindah bicara
mengkomunikasikan harapan dan kehendak pada pasangan. Untuk meneguhkan
rumahtangga dalam pelayaran hidup yang sementara.
Bangunkan komunikasi
Hal-hal
yang dikomunikasikan sebelum dan di awal-awal pernikahan adalah teramat penting
dalam menentukan arah tuju kebahagiaan rumahtangga yang dibina.
Kita
mungkin biasa terdengar, salah satu faktor utama perceraian ialah kegagalan
komunikasi berkesan.
"Komunikasi berkesan... Apakah ini...? Complicated sangatkah?"
Ya, perkahwinanan akan jadi complicated bila
kita tidak pandai bercakap. Tidak pandai menyuarakan keinginan dan tidak bijak
menyuarakan ketidakpuasan hati tentang rumahtangga dan pasangan.
Akui kesilapan sendiri, maafkan pasangan SELALU
Nada
bercakap, perkataan dan ayat-ayat yang terungkap dari bibir-bibir kita telah
banyak mengguris hati pasangan bukan? Mungkin dengan perkataan-perkataan kita,
hati pasangan telah terluka parah atau mungkin kelukaan kecil.
Maka
usah bertangguh dan merasa berat memohon maaf, kenali dan akui
kesalahan-kesalahan kita pada pasangan.. Mohonlah maaf kerana ALLAH. Maafkanlah
pasangan kerana ALLAH. Saya teringat sebuah pepatah:
"Perkahwinan yang bahagia
itu, lahir dari suami isteri yang suka memaafkan."
Ya,
kerana kita bernama manusia tidak berhenti melakukan kesilapan perkataan dan
tindakan. Berusaha yang terbaik memperbaiki diri, dan maafkan saja
perkara-perkara yang amat sukar diperbaiki.
Antara tips yang boleh dipraktikkan: mohon klik untuk baca artikel